rss
twitter
    Mamung RRO Si'd Facebook, Mamung Dahai

Tuesday 30 August 2011

Menerima Artikel Umum Daripada Pembaca

Sesuai dengan konsep RRO sebagai Radio yang beroperasi secara Online, RRO akan membuka peluang kepada mana-mana individu untuk menghantar artikel mereka ke ruang wadah RRO ini sebagai perkongsian umum. Ini bertujuan untuk memudahkan mana-mana individu membangkitkan apa sahaja jenis isu yang tidak bersifat perkauman dan menyentuh isu-isu sensitif agama dan kaum lain.

Walau bagaimanapun pihak RRO hanya akan menerbitkan artikel yang ditulis dengan data-data yang diperlukan di ruangan yang telah disediakan. selain itu pihak RRO juga adalah berhak menapis mana-mana artikel yang dirasakan tidak PATUT untuk diterbitkan.

Sila AMBIL PERHATIAN:

PIHAK RRO TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DENGAN SEGALA ISI KANDUNGAN ARTIKEL ANDA DAN TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP IMPAK PENULISAN ANDA.

ARTIKEL YANG DITERBITKAN OLEH PENULIS INI HARUSLAH DITERBITKAN DENGAN PENUH TANGGUNGJAWAB OLEH PENULIS.

Thursday 25 August 2011

Makan Malam Akrab RRO-RCA

PENDAHULUAN.

Radio Rungus Online adalah sebuah radio online yang beroperasi sejak 2 September 2010, Dalam tempoh terdekat ini RRO akan genap berusia 1 tahun dan bakal akan mengadakan sambutan ulang tahun ini bersama-sama ahli RRO yang berkesempatan untuk menyertai aktiviti ini. Aktiviti ini diadakan bersama-sama Ahli RRO di Pantai Tanjung Aru dan dinamakan sebagai RRO Family Day untuk sesi 1

OBJEKTIF.

Secara amnya tujuan aktiviti ini diadakan adalah untuk meraikan hali ulang tahun RRO. Melalui aktiviti ini diharapkan agar RRO akan lebih dikenali oleh masyarakat Rungus dan juga masyarakat luar khususnya. Selain itu melalui program ini juga RRO dapat dipromosikan kepada masyarakat luar selain daripada dapat mengeratkan hubungan masyarakat luar dan RRO sendiri. Di samping itu, melalui program ini juga penglibatan Artis Rungus akan diberikan penekanan dimana Artis-Artis Rungus akan dipanggil untuk menjadi ketua pasukan dalam setiap aktiviti yang dirancang. Dengan ini mereka boleh mendekati orang ramai sambil mempromosikan Artis Rungus kepada masyarakat rungus khususnya.

PELAKSANAAN.

PAGI.

Secara keseluruhannya, program ini akan diadakan bermula dari pagi sehinggalah ke malam. Dianggarkan program ini akan bermula seawall jam 8 pagi dan akan tamat pada jam 11 malam. Pada sebelah pagi aktiviti ini adalah lebih kepada piknik yang boleh disertai oleh semua golongan umur. Piknik ini akan diadakan di kawasan atau perkarangan Windbell Restaurant And Seafood dan ketika piknik ini para pengunjung atau peserta akan membawa makanan masing-masing untuk dikongsikan bersama rakan-rakan peserta yang lain sesuai dengan tema Potluck atau “miurung” dalam bahasa rungus. Dalam masa yang sama juga pihak penganjur akan menyediakan BBQ untuk kesemua peserta yang datang. Upacara Berkelah dan BBQ ini dianggarkan tamat pada jam 2 petang dan para peserta akan bersurai untuk bersedia bagi program di sebelah malamnya.

Malam.

Majlis makan malam akrab akan diadakan di Windbell Restaurant & Seafood. Untuk majlis makan malam ini, peserta yang ingin menyertai majlis tersebut wajim membayar tempahan sebanyak RM35 untuk setiap orang dan RM15 untuk kanak-kanak. ketika makan mala mini terdapat beberapa program yang telah diaturkan (Rujuk tentatif )

Ketika majlis makan malam juga satu sesi bertukar hadiah akan diadakan dimana setiap peserta dikehendaki menyediakan hadiah yang bernilai sekurang-kurangnya RM5.00 ke atas untuk ditukarkan kepada rakan-rakan lain yang menghadiri majlis tersebut. Setiap peserta yang membawa hadiah akan diberikan nombor dan hanya mereka yang mempunyai nombor ini boleh mencabut nombor hadiah secara rambang untuk mengambil hadiah masing-masing.


AJK INDUK:

Penaung : YB Jornah Mozihim (RCA)

Penasihat I : Azmin Ang
Penasihat II : Bensos Omisang
Penasihat III : Frankie Pulian

Pengerusi : Marny Talu ( Dj Moon Nyi)
T. Pengerusi I : Jamalit Angak
T. Pengerusi II : Jamaul Angak

Bendahari : Rence Rena
N. Bendahari : Neng Nie

Setiausaha : Tinie Sue ( Dj Ozong )
N. Setiausaha : Lynthe @ Linda
Audit : Hazelynn ( Cadangan )


CADANGAN AJK PERLAKSANA


1. AJK SUKAN
I. Dayon (K)
II. Collins
III. Hazelynn
IV. Nicky P Pagayan
V. Keropok Udang

Mengendalikan Aktiviti dan juga memastikan setiap aktiviti sepanjang hari berjalan dengan sempurna dan dibantu oleh AJK2 Kecil untuk setiap acara sukaneka yang diadakan.


2. AJK HADIAH
I. Tinie (K)
II. Neng
- Memastikan Hadiah yang diperlukan untuk setiap aktiviti ada.
- Memastikan proses penyampaian hadiah berjalan dengan lancar.
- Memastikan pertukaran hadiah dilakukan dengan saksama dan adil.


3. AJK PERSEDIAAN TEMPAT
I. Lynthe@Linda (K)
II. AJK Lain di sekitar KK
- Memilih tempat yang bersesuaian dengan aktiviti
- Memastikan tempat yang di pilih sedia untuk digunakan.
- Menguruskan penyediaan dan persediaan tempat.


4. AJK SAMBUTAN TETAMU
I. Rence Rena
II. Moi Yong
- Menyambut tetamu yang datang ke upacara
- Memastikan tetamu berada dalam keadaan selesa semasa berada di sana.

5. AJK KEBERSIHAN
I. Jomie(K)
II. Prince
- Memastikan kebersihan persekitaran sebelum, ketika, dan selepas upacara berada dalam keadaan terkawal.
- Memastikan kawasan persekitaran dibersihkan sebelum meninggalkan kawasan tersebut.



6. AJK KESELAMATAN
I. Revon Oriops(K)
II. Nicky P pagayan
- Memastikan keselamatan peserta dititikberatkan semasa mengadakan aktiviti.
- Mengambil tindakan utama apabila berlaku kecemasan.
- Memastikan keselamatan kawasan parking dipantau.
- Berhubung dengan Pihak Berkuasa tempatan untuk memaklumkan aktiviti.


7. MC
I. Vincent Duan
II. Robbie Angkangon
III. Ness
- Mengacarakan majlis.
- Memastikan Majlis berjalan sepertimana perancangan.
- Mengacarakan Cabutan Tiket Bertuah

8. PA SISTEM
I. Dai Yeon(K)
- Mengawal dan mengendalikan PA System ketika upacara berlangsung.
- Memastikan PA System berfungsi dengan sempurna.

Setiap AJK akan dibantu oleh RRO KREW yang lain dalam menyempurnakan setiap tugasan yang diberi,AJK pelaksana yang dipilih boleh meminta bantuan daripada RRO Krew yang lain sekiranya perlu.

9. AJK Makanan.
Ateng (K)
Neng
Karen
- Mengurus makanan dan persediaan bahan BBQ.

10. PUBLISITI
I. Dj Jezz
II. Arfandy
III. Desh
Pendek kata.. Semua DJ dan Krew RRO kena buat publisiti di RRO wall..
- Membuat hebahan mengenai program sebelum berlangsungnya program tersebut.
- Mempromosikan program ini kepada ahli RRO.

11. AJK Buku Aturcara
I. Jamalit Angak
II. Marscela Edenne Talu
- Menyediakan Buku aturcara
- Mengurus Printing Buku Aturcara

12. Stage Manager
I. Vincent Duan
- Menguruskan perjalanan upacara di pentas bergerak dengan pantas.
- Menyelaraskan persembahan di pentas.

13. Floor Manager
I. (Robbie Angkangon)
- Mengurus dan memantau pergerakan sepanjang majlis.
- Mengambil tindakan pantas jika terdapat sebarang kejadian berlaku.
- Menjadi orang penting untuk berurusan jika ada sebarang persoalan daripada pengunjung.



TENTATIF AKTIVITI SIANG
MASA:
07.00 - Ketibaan Krew-Krew
07.30 - Ketibaan Peserta (Group Rro) & Artis Jemputan
08.00 - Senam Robik
- Ice Breaking / Pembahagian Kumpulan
- Sukaneka
Sambungan Kumpulan Yang Paling Panjang
Mencari Harta Karun
Memasukkan Air Laut Dalam Botol
Ikat Kaki Berkumpulan (6 Orang )
Sambut Getah
Istana Pasir
Futsal Pantai
Tarian Patung
Sepatu Gergasi
Bola Tampar Pantai (3 Orang) – Hadiah Disumbangkan Oleh Koropok Udang
12.00 - Rehat / Makan Tengahari ( Potluck / Mirung )
02.00 - Sambung Aktiviti Sukaneka
04.00 - Bersurai ( Persiapan Untuk Aktiviti Makan Malam)

TENTATIF MAJLIS MAKAN MALAM
06.30 - Ketibaan Krew-Krew
07.00 - Ketibaan Peserta (Group RRO) & Artis Jemputan
07.30 - Ketibaan VVIP
( YB Jornah Mozihim pengasas Rungus Cultural Association RCA )
- lagu tema RRO
- Bacaan Doa
- Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Penganjur Ulang Tahun RRO
- Ucapan Alu-Aluan YB Jornah Mozihim Pengasas Rungus
Cultural Association RCA
- Penyampaian Cenderamata Kepada VIP Dan Artis Jemputan
- Persembahan Klip Video / Acara Makan Malam Bermula
- Persembahan Daripada Krew-Krew RRO
- Acara Bebas.

Persembahan Artis
Penyampaian Hadiah
Cabutan Tiket Bertuah
Acara Tukar Hadiah

11.30 - Bersurai
Radio Rungus Online Avantang tantu | Kalalangad | Kougal Do Rasa!

Traugott Forschner Bersama RRO


Kalalangad RRO bersama Amai Traugott Forschner 6.4.2011

Buat Pertama Satu sesi on air melalui Skype telah dijalankan di RRO dan yang menariknya program ini bukan sahaja melakukan Anjakan dalam RRO tetapi juga program ini telah mencipta sejarah apabila buat pertama kalinya membawakan Traugott Forschner secara LIVE di siaran radio iaitu Radio Rungus Online.

Traugott Forschner merupakan seorang yang paling berharga buat masyarakat rungus apabila beliau telah datang ke kudat melakukan pelayanan tuhan tetapi akhirnya selain memberitakan injil beliau juga telah mengubah cara hidup masyarakat rungus supaya lebih maju ke hadapan. beliau telah memulakan proses awal pendidikan dan pemodenan masyarakat rungus di kudat.

Selain daripada itu beliau juga telah menerbitkan beberapa siri kamus English - Rungus dan Rungus - English yang sehingga kini menjadi rujukan kepada masyarakat rungus. Sumbangan dan peninggalan beliau ini sangat bermakna kepada masyarakat rungus.



Kejayaan membawa beliau ke udara secara terus ini merupakan satu lagi lonjakan oleh RRO dalam dunia penyiaran seterusnya mencatatkan Sejarah yang tak mungkin akan dilupakan. diharapkah kejayaan ini akan menjadi asas kepada lebih ramai lagi kecemerlangan dalam masyarakat rungus tidak hanya terhad kepada hiburan semata-mata tetapi juga menjejak sejarah dan warisan bangsa rungus.

Wednesday 24 August 2011

Idea Penubuhan Internet Radio Rungus

Logo Radio Rungus Online
Ketika Forum Halatuju Rungus (FHR) yang lepas antara isu yang dibangkitkan adalah berkenaan Slot Siaran Momogun Dalam RTM. sehubungan dengan itu penjelasan yang diperolehi manyatakan bahawa kita perlu merangka kertas kerja berserta program pelaksanaan termasuk kepakaran penyampai untuk slot tersebut. apabila melibatkan RTM ini sudah tentu setiap prestasi hendaklah menepati KPI mereka. dengan ini agak menyulitkan kita untuk memulakan proses tersebut memandangkan terlalu banyak prosedur untuk dilalui.

Kebelakangan ini, seperti yang kita ketahui CAPAIAN ke Internet sudah menjadi agak mudah dengan adanya Broadband, dan saya yakin buat masa ini itu bukan lagi mustahil kepada kebanyakan individu. jika dilihat juga di Internet sekarang ini Internet Radio Broadcast begitu popular dikalangan pendengar dan setelah mencari maklumat saya dapati pelaksanaan Internet Radio tersebut tidaklah susah dan pelaksanaan juga tidak memerlukan Prosedur yang susah mahupupn KPI tertentu.

Untuk memulakan proses itu saya telah berusaha mencari maklumat dan saya juga telah membuat beberapa percubaan untuk membuat Siaran Radio Secara online sejak jumaat lepas dan apa yang saya lihat sambutan dikalangan pendengar khususnya momogun begitu memberangsangkan biarpun saya belum murnikan player tersebut.

Anda boleh terus mendengar daripada server radio iaitu:
www.rungusonline.com